Home Buletin Semasa TRANSAKSI SARA CECAH RM110 JUTA DALAM DUA HARI

TRANSAKSI SARA CECAH RM110 JUTA DALAM DUA HARI

354
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Lebih 1.7 juta penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membuat pembelian sehingga mencecah RM110 juta jualan di seluruh negara dalam tempoh dua hari pelaksanaannya bermula 31 Ogos lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), oleh sebab itu beberapa pasar raya besar turut mengalami kesesakan terutama waktu puncak antara jam 1 hingga 2.30 petang.

“Berikutan ledakan transaksi yang direkodkan semalam, sebanyak 20 peratus kapasiti sistem oleh MyKasih ditingkatkan.

“Namun sistem masih mencatatkan kesesakan pemprosesan transaksi di beberapa lokasi,” jelas kenyataan itu, pada Isnin.

MOF menjelaskan bahawa beberapa petugas MyKasih turut ditempatkan di pasar raya besar untuk membantu menyelesaikan isu berkenaan secara terus di lapangan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merancang pembelian pada waktu bukan puncak, seperti pagi pada hari bekerja, bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan urusan pembelian,” menurut kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan kredit RM100 Penghargaan SARA kekal sah sehingga 31 Disember tahun ini, dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here