Home Buletin Semasa REMAJA DICEKUP BERSAMA 9 PIL DISYAKI DADAH

REMAJA DICEKUP BERSAMA 9 PIL DISYAKI DADAH

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan selepas didapati memiliki sembilan biji pil dipercayai dadah jenis Erimin 5 dalam sekatan jalan raya di Serongga, di sini.

Tangkapan itu dilakukan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Sabtu lalu, kira-kira jam 11 malam menerusi Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pemeriksaan dilakukan selepas mendapati suspek berada dalam keadaan mencurigakan ketika melalui sekatan tersebut.

“Hasil pemeriksaan menemukan sembilan biji pil disyaki pil Epam di dalam beg silang yang dibawa suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suspek bersama barang rampasan kemudiannya diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here