Home Buletin Semasa PGA TAHAN WARGA EMAS, RAMPAS TANAMAN HIASAN SELUDUP

PGA TAHAN WARGA EMAS, RAMPAS TANAMAN HIASAN SELUDUP

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 merampas pelbagai jenis tanaman hiasan disyaki diseludup dari Thailand selepas menahan sebuah lori mencurigakan di Kampung Kedap, di sini, pada Rabu.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu, pemeriksaan menemukan 150 pokok bunga ros, 20 pokok lotus, 10 pokok bunga kertas, 50 pokok bidara serta tiga pokok bonsai di bahagian belakang lori berkenaan.

“Pemandu lori berusia 63 tahun yang dipercayai penghantar tanaman tersebut ke sebuah nurseri tempatan di Kota Bharu gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan RM99,000 dan kes diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan lanjut,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here