KUALA LUMPUR: Pelakon, Abby Abadi menegaskan tindakannya bersuara mengenai rumah tangga anaknya, Marissa Dania dengan Ahmad Aslam di media sosial sejak kelmarin adalah demi menyelamatkan anaknya daripada hubungan toksik.
Memetik laporan Berita Harian, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata, selama dua tahun beliau berdiam diri dan membiarkan Marissa merasai pahit manis alam rumah tangga yang dipilihnya.
“Cukup dua tahun saya biarkan. Kali ini saya bersuara kerana mahu selamatkan anak daripada terus memendam rasa,” katanya menerusi Threads.
Abby turut menegaskan beliau tidak menuding jari kepada sesiapa, sebaliknya mahu Marissa sedar sokongan sebenar hanya datang daripada seorang ibu.
“Untuk situasi ini, Marissa cuma ada mamanya. Itu yang dia perlu tahu,” ujarnya.
Pelakon itu berharap orang ramai tidak salah menilai tindakannya, sebaliknya mendoakan yang terbaik buat Marissa.
Seperti diketahui, Marissa, 20, mengejutkan ramai apabila memilih untuk bernikah sebagai isteri kedua kepada Aslam di Songkla, Thailand, Disember dua tahun lalu.
Saat itu, Aslam sudah pun memiliki seorang isteri, Umisya, dan tiga cahaya mata. – BH Online –
IMedikel TV






