Home Sukan GIACOMO YAKIN MARQUEZ MAMPU PECAH REKOD KEJUARAAN DUNIA

GIACOMO YAKIN MARQUEZ MAMPU PECAH REKOD KEJUARAAN DUNIA

258
0

LONDON: Marc Marquez menerima sokongan daripada legenda untuk memecahkan rekod kejuaraan dunia 500cc.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, 15 gelaran keseluruhan milik Giacomo Agostini dan lapan daripadanya dalam kelas utama adalah yang terbanyak dalam sejarah.

Valentino Rossi menduduki tempat kedua dengan tujuh gelaran 500cc, tetapi Marquez kini sudah separuh jalan untuk menyamai jumlah itu musim ini.

Berada dalam prestasi yang boleh dikatakan terbaik dalam kariernya, Marquez pastinya sudah mengintai kejuaraan kelapan pada 2026.

“Marc Marquez mampu untuk memecahkan rekod kejuaraan dunia saya,” kata Agostini kepada Gazzetta dello Sport.

“Marc seorang yang hebat dan dia layak menerima segala kejayaan. Kita harus menghormatinya, bukan mencemuhnya.”

Sebahagian penonton di MotoGP Itali iaitu tanah air pengeluar motosikal Marquez, Ducati dan juga musuhnya, Rossi mencemuhnya selepas dia memenangi grand prix tahun ini.

Insiden itu mendorong bos Ducati, Davide Tardozzi tidak menyenangi tindakan Rossi. Malah beliau berharap agar Marquez dan Rossi berjabat tangan demi mewujudkan perdamaian.

Agostini tidak mahu permusuhan itu menenggelamkan kehebatan Marquez, serta kebangkitannya daripada tempoh penuh kecederaan ketika bersama Honda yang tidak kompetitif.

“Dia melalui detik-detik sukar, yang bukan mudah untuk keluar daripadanya,” kata Agostini.

“Demi menang semula, dia sanggup melepaskan wang Honda untuk menyertai pasukan persendirian pula.”

Agostini dari Itali memenangi 15 kejuaraannya pada era 1960-an dan 1970-an, terutamanya menunggang MV Agusta tetapi juga Yamaha.

Yamaha kini perlahan-lahan memperbaiki prestasi mereka selepas bertahun-tahun bergelut sejak gelaran Fabio Quartararo pada 2021. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here