Home Buletin Semasa PEGAWAI BOMBA MAUT, MOTOSIKAL TERLANGGAR KERBAU

PEGAWAI BOMBA MAUT, MOTOSIKAL TERLANGGAR KERBAU

162
0

BEAUFORT: Seorang pegawai bomba maut selepas motosikal ditunggang terlanggar kerbau di Jalan Bandau/Kuala Penyu, Kampung Purun, di sini ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, malam tadi.

Mohd Haziq Abdul Jalil, 32, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Penyu jam 11.30 malam, kira-kira dua jam selepas nahas.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan kira-kira jam 8.40 malam itu mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha LC untuk pulang ke rumahnya di Kampung Tidong, Kuala Penyu.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlanggar seekor kerbau yang berada di laluan lalu terjatuh di atas jalan raya.

“Dia yang mengalami kecederaan kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Penyu dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan akibat parah di bahagian kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan, berkata arwah ditemukan oleh orang awam ketika terbaring di atas jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Penyu sebelum ketibaan pasukan bomba. Arwah bertugas di BBP Kimanis di bahagian operasi dan ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai kerja syif pagi.

“Arwah meninggalkan seorang isteri Johanita Saprin berusia 32 tahun,” katanya.

 Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here