Home Hiburan NELYDIA BERSYUKUR SUAMI TERIMA DARJAH KEBESARAN BAWA GELARAN DATUK

NELYDIA BERSYUKUR SUAMI TERIMA DARJAH KEBESARAN BAWA GELARAN DATUK

575
0

KUALA LUMPUR: Nelydia Senrose bersyukur suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid disenarai sebagai salah seorang daripada 58 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Memetik laporan menerusi Berita Harian melalui entri dimuat naik di Instagram (IG), Nelydia atau nama sebenar, Nik Zaris Nelydia Nik Sen berkongsi ucapan ringkas sebagai tanda penghargaan atas limpah perkenan Al-Sultan Abdullah mengurniakan darjah kebesaran buat suami tercinta.

“Merafak sembah serta menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Pahang atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-66 kepada suami tercinta @mhafezhalimi,” tulis Nelydia.

Semalam, Kesultanan Pahang melalui kemaskini di Facebook (FB) berkongsi, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 58 individu pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, Kuantan.

Melalui kemaskini itu juga, Mohd Hafez yang juga Pengerusi Fezka Holdings Sdn Bhd disebut sebagai antara individu dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here