Home Sukan MASALAH AGE GANGGU PERENANG AS

MASALAH AGE GANGGU PERENANG AS

471
0

Singapura: Pasukan renang Amerika Syarikat (AS) berdepan gangguan kesihatan apabila beberapa atlet mereka dilaporkan mengalami masalah gastroenteritis akut (AGE) ketika Kejohanan Dunia di sini.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro situasi itu menyebabkan dua perenang wanita, Torri Huske dan Claire Weinstein, terpaksa menarik diri daripada acara pembukaan masing-masing, semalam.

Menurut pegawai pasukan, Nikki Warner, langkah itu diambil bagi membolehkan kedua-dua perenang terbabit memberi tumpuan kepada acara lain yang akan mereka sertai sepanjang kejohanan.

“Pasukan kami mengalami gastroenteritis akut. Tiada atlet yang menarik diri sepenuhnya daripada kejohanan, namun dua perenang tidak turun dalam saringan pagi ini kerana mahu fokus kepada acara lain,” katanya kepada AFP.

Torri, pemenang tiga pingat emas Olimpik Paris 2024, sepatutnya beraksi dalam saringan 100 meter (m) kuak kupu-kupu manakala Claire, 18, dijadualkan dalam acara 400m gaya bebas.

Pasukan AS dilaporkan tiba di Singapura selepas menjalani kem latihan di Thailand.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan berapa ramai anggota pasukan yang dijangkiti masalah perut berkenaan.

Bagaimanapun, juara Olimpik sembilan kali, Katie Ledecky, tidak terjejas dan berjaya mencatat masa terpantas dalam saringan 400m gaya bebas wanita dengan catatan 4 minit 01.04 saat. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here