Home Sukan PIALA DUNIA 2030 DIJANGKA ISTIMEWA, RONALDO DAN ANAK PERKASA PORTUGAL

PIALA DUNIA 2030 DIJANGKA ISTIMEWA, RONALDO DAN ANAK PERKASA PORTUGAL

LONDON: Sejarah bola sepak bakal tercipta apabila Portugal, Sepanyol dan Maghribi menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2030 sekali gus menandakan kali pertama Portugal menganjurkan kejohanan paling berprestij di dunia ini.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, namun impian Portugal lebih daripada itu apabila satu fenomena bola sepak yang jarang berlaku mungkin terjadi iaitu peluang untuk menyaksikan Cristiano Ronaldo dan anaknya, Cristiano Jr, terbabit dengan skuad kebangsaan yang sama dalam Piala Dunia di tanah air sendiri.

Kejohanan itu juga menandakan edisi ke-100 Piala Dunia, dengan perlawanan pembukaan khas diadakan di Uruguay, Argentina dan Paraguay bagi menghormati edisi pertama pada 1930.

Menjelang 2030, Cristiano Ronaldo akan berusia 45 tahun dan kemungkinan besar bersara daripada permainan profesional.

Namun, legasinya masih belum berakhir. Dikenali dengan komitmen mendalam terhadap sukan itu, semakin banyak spekulasi beliau mungkin akan mengambil peranan sebagai jurulatih atau terbabit dengan pengurusan dalam pasukan kebangsaan Portugal.

Dia sudah pun mencipta impak selepas pernah menjalani latihan bersama akademi Real Madrid, Juventus, Manchester United dan kini bersama akademi Al Nassr, mengikut jejak langkah ikonik bapanya.

Cristiano Jr beraksi sebagai pemain sayap kiri atau penyerang, dikenali dengan kelajuan luar biasa dan kaki kanan yang kuat.

Pada Mei 2025, dia menerima panggilan pertama ke skuad Portugal Bawah 15 tahun, mencetuskan reaksi yang viral dan pujian bangga daripada bapanya.

Jika Jr terus berkembang dan jika Ronaldo memilih laluan kejurulatihan, kejohanan 2030 mungkin menyaksikan sesuatu yang belum pernah berlaku, gandingan bapa dan anak dalam skuad Piala Dunia yang sama, seorang mungkin sebagai ketua jurulatih atau pengarah, dan seorang lagi sebagai pemain.

Ronaldo sendiri tidak menolak idea itu dan menyatakan: “Saya akan suka jika itu berlaku tetapi semuanya lebih bergantung kepada dia daripada saya.”-Agensi,HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here