Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 100,000 ROKOK SELUDUP BERNILAI LEBIH RM200,000

PGA RAMPAS 100,000 ROKOK SELUDUP BERNILAI LEBIH RM200,000

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 100,000 rokok seludup bernilai RM222,000 di Kampung Bunut Sarang Burung, di sini, pada Jumaat menerusi Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.00 pagi itu, Batalion 7 menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.

Suspek melarikan diri dan meninggalkan kenderaan di tepi jalan. Hasil pemeriksaan mendapati 100,000 batang rokok putih berada dalam kenderaan suspek.

“Rokok-rokok ini dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan. Anggaran rampasan bernilai RM222,000 termasuk kenderaan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here