Home Hiburan AMIR RAYU STESEN TV LUNAS BAYARAN RM18,000, DEDAH BAPA HIDAP KANSER USUS

AMIR RAYU STESEN TV LUNAS BAYARAN RM18,000, DEDAH BAPA HIDAP KANSER USUS

403
0

Kuala Lumpur: Memetik laporan menerusi Harian Metro pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak meluahkan rasa kecewa dan tertekan apabila terpaksa menuntut bayaran tertunggak daripada sebuah stesen TV yang didakwa belum melangsaikan hutang bernilai RM18,000.

Menerusi satu hantaran di akaun media sosialnya, Amir menzahirkan rasa terkilan terhadap kelewatan bayaran itu, lebih-lebih lagi dalam keadaan keluarganya yang kini sedang berdepan ujian berat apabila bapanya disahkan menghidap kanser usus.

“Sila jelaskan bayaran saya dengan segera! Abah saya menghidap kanser usus. Saya mahu bayaran sebanyak RM18,000 secara penuh tanpa diskaun dan tanpa bayaran ansuran,” tulisnya.

Amir turut menegaskan bahawa dia tidak meminta simpati atau bantuan kewangan, sebaliknya hanya menuntut haknya yang sudah lama sepatutnya diterima.

“Saya tidak meminta duit kamu. Saya juga tidak meminjam duit kamu. Apa yang saya minta adalah duit saya sendiri! Itu hak saya!” tulisnya.

Menurut Amir, dia sudah memaklumkan keadaan bapanya yang sedang dirawat sejak awal kepada pihak terbabit, malah menghantar mesej dan gambar melalui WhatsApp.

Namun begitu, dia mendakwa tidak menerima sebarang maklum balas positif.

“Saya siap hantar mesej dan gambar keadaan abah saya melalui WhatsApp, tetapi saya dibiarkan tergantung tanpa sebarang maklum balas yang positif,” tulisnya.

Tambah Amir, pihak stesen TV berkenaan pernah menawarkan bayaran awal sebanyak RM3,000 selepas isu itu mula tular baru-baru ini, namun dia menolak kerana pernah menerima bayaran RM5,000 pada awal tahun lalu dan selepas itu tiada sebarang bayaran tambahan diterima sehingga kini.

“Kenapa saya tolak? Sebabnya, sebelum ini pun pihak kamu pernah beri RM5,000 pada awal tahun lepas dan selepas itu, sudah lebih setahun, saya tidak menerima sebarang tambahan bayaran pun.

“Jadi kenapa saya perlu ambil RM3,000 sekarang? Sudah tentu saya mahukan jumlah penuh RM18,000 sekarang juga, kerana ini adalah kecemasan!” tulisnya.

Amir turut menzahirkan harapan agar bapanya segera pulih daripada penyakit yang dihidapi, sambil menyeru semua pihak agar memahami betapa gentingnya situasi yang sedang dihadapi oleh keluarganya ketika ini.

“Tidak perlu saya huraikan bagaimana keadaan abah saya atau apa yang kami sekeluarga sedang lalui. Kamu semua pun tahu bagaimana penderitaan pesakit kanser usus,” tulisnya.

Hantaran yang dimuat naik oleh Amir itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menyatakan sokongan terhadap tindakan dia menuntut haknya, selain mendoakan agar bapanya segera sembuh. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here