Home Sukan JUN HAO PULANG AWAL TEBRUKA JEPUN

JUN HAO PULANG AWAL TEBRUKA JEPUN

392
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian hasrat untuk melihat perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao untuk mencipta impak di Terbuka Jepun 2025 tidak kesampaian apabila tumbang seawal pusingan pertama di tangan juara bertahan dari Perancis, Alex Lanier, pagi tadi.

Jun Hao yang berada di ranking ke-24 dunia terpaksa akur dengan permainan kemas ditampilkan Lanier di Gimnasium Tokyo Metropolitan apabila tewas straigt set 12-21, 14-21 dalam tempoh 40 minit permainan.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki pulang awal tanpa mencatat kemenangan di kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 750 itu.

Bagaimanapun bagi pengarah kejurulatihan perseorangan negara, Kenneth Jonassen, kekalahan itu mencerminkan jurang yang masih ada antara Jun Hao dan Lanier selain menganggap anak buahnya itu tidak dapat corak permainan sebenar ketika berdepan pemain nombor lapan dunia itu.

“Kita kurang konsisten untuk memberikan cabaran kepada corak permainan seperti ini. Saya juga agak risau kerana kita berdepan kesukaran untuk cuba membuatkan Lanier berada dalam keadaan tidak selesa.

“Leong (Jun Hao) sudah cuba yang terbaik tetapi tetap sukar kerana berdepan aksi (Lanier) yang tidak melakukan kesilapan selain memiliki semangat juang cukup tinggi,” katanya.

Jun Hao selepas ini dijadual menyertai Terbuka China di Changzhou yang bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 dari 22 hingga 27 Julai ini dan tempoh yang ada ini bakal digunakan sebaiknya untuk mengenalpasti kelemahan menjelang Kejohanan Dunia di Paris, Perancis, bulan depan.

“Sebelum kejohanan (Terbuka Jepun) ini, memang saya cuba mencari jawapan dalam persiapan ke Kejohanan Dunia. Hari ini saya sudah dapat jawapan dan perjalanan kita masih jauh,” kata Jonassen. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here