Home Luar Negara MANGSA BOT TERBALIK BERENANG 6 JAM SEBELUM TIBA DI PULAU

MANGSA BOT TERBALIK BERENANG 6 JAM SEBELUM TIBA DI PULAU

390
0

JAKARTA: Anggota penyelamat Indonesia menemukan 11 mangsa yang semalam dilaporkan hilang di Sumatera Barat, selepas bot dinaiki mereka terbalik akibat cuaca buruk.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, mereka terselamat kerana berenang sekurang-kurangnya enam jam ke pulau terdekat.

Terdahulu, dua bot dan puluhan penyelamat mencari mangsa yang hilang selepas bot dengan 18 penumpang di dalamnya terbalik di luar Kepulauan Mentawai di wilayah Sumatera Barat, kira-kira 11 pagi 14 Julai lalu, kata jurucakap wilayah.

“Hujan lebat ketika kejadian itu.

“Beberapa penumpang berjaya berenang dan sampai ke pulau terdekat,” kata jurucakap pulau, Rinto Wardana kepada Reuters.

Menurut Rinto, tujuh mangsa diselamatkan sebelum ini.

Difahamkan, 10 daripada 18 penumpang di atas kapal adalah pegawai kerajaan tempatan.

Bot itu dilaporkan bertolak dari Sikakap, sebuah pekan kecil di Kepulauan Mentawai, dan menuju ke Tuapejat.

Dua bot dan puluhan penyelamat dikerahkan untuk mencari mangsa yang hilang pada 15 Julai lalu.

Kepulauan Mentawai terdiri daripada empat pulau utama dan banyak yang lebih kecil.

Bot dan feri adalah mod pengangkutan biasa di Indonesia, sebuah negara kepulauan yang mempunyai lebih 17,000 pulau.

Kemalangan agak biasa disebabkan oleh cuaca buruk serta piawaian keselamatan yang longgar kerana membenarkan kapal membawa lebihan muatan.

Sebuah feri karam lebih awal pada bulan Julai berhampiran pulau Bali. Daripada 65 penumpang, 18 maut, 30 terselamat dan 17 lagi masih hilang. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here