Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Ramai yang mengalami lingkaran hitam di bawah mata atau lebih dikenali eyebag. Adakah anda pernah tertanya apa yang menyebabkan berlakunya eyebag?
Sebenarnya ramai yang berasa tidak selesa dan kurang yakin jika lingkaran bawah mata terlalu gelap.
Dan ramai yang beranggapan, tidur lewat atau terlebih tidur menyebabkan berlakunya eyebag. Namun ada individu yang tidurnya sudah mencukupi, tetapi masih berlakunya eyebag.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, ramah sudah cuba pelbagai cara termasuk tidur awal dan minum air yang mencukupi.
Tetapi apabila tengok cermin, bawah mata tetap sembap. Tetap nampak letih.

Sebenarnya, eyebag tak semestinya datang dari kurang tidur saja. Ada punca lain yang ramai tak sangka:
- Makan makanan masin sebelum tidu r- Maggi, keropok, fast food. Sedap, tapi buat muka tahan air. Bangun pagi terus sembap.
- Tidur terlalu lama – Ironinya, oversleep boleh buat cecair berkumpul bawah mata. Lagi lama tidur, lagi bengkak.
- Alergi atau resdung yang tak dirawat – Hidung tersumbat, sinus tak lepas, salur darah sekitar mata pun jadi bengkak.
- Tidur terlentang tanpa sokongan bantal – Posisi tidur yang rata buat air ‘turun’ ke muka. Naik eyebag esok pagi.
- Kerap gosok mata masa stres atau mengantuk – Nampak macam biasa, tapi boleh rosakkan kulit bawah mata yang nipis.
- Genetik dari keluarga – Kadang-kadang kita jaga semua benda, tapi eyebag tetap ada. Sebab memang dah ‘diwarisi’.
Eyebag bukan petanda kita malas. Tetapi mungkin tanda badan minta kita ubah gaya hidup perlahan-lahan. Biar sembap tu surut dengan sendiri, bukan sebab krim mahal, tapi sebab kita jaga diri.
Namun, terdapat cara mengurangkan eyebag:
- Cukup tidur, tetapi jangan lebih masa tidur (oversleep pun boleh menyebabkan muka sembab).
- Kurangkan makanan tinggi garam.
- Elak gosok atau tekan bawah mata.
- Kompres sejuk bawah mata waktu pagi.
- Rawat alahan jika ada (dapatkan ubat daripada doktor).
- Gunakan pelembap atau krim mata (pilih yang ada kafien atau peptida).
- Amalkan gaya hidup sihat, hentikan merokok.
Anda boleh menggunakan cara yang dicadangkan di atas untuk mengurangkan eyebag.
IMedikel TV






