Home Sukan LISOKU 2025 GILAP BAKAT SUKAN GOLONGAN OKU

LISOKU 2025 GILAP BAKAT SUKAN GOLONGAN OKU

341
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Orang Kelainan Upaya (OKU) kini boleh mengamalkaan gaya hidup sihat dan aktif serta membudayakan sukan tanpa mengira had umur.

Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Siti Mariam Ahmad Tobais, berkata mereka kini boleh menyertai Liga Sukan OKU (LISOKU) bagi yang meminati bidang sukan.

Katanya objektif utama LISOKU adalah untuk membudayakan sukan khususnya untuk golongan OKU.

“Selepas saya turun padang, di Kelantan khususnya saya melihat program ini amat meriah kerana ini adalah pertama kali LISOKU diadakan.

“Saya rasa ini adalah platform yang baik kepada OKU untuk merebut peluang bagi menyertai sukan.

“Mungkin jika ada bakat baharu kita boleh ketengahkan ke sukan prestasi tinggi untuk mewakili negeri ke para SUKMA atau mewakili negara untuk temasya sukan utama termasuk ASEAN Para Games, Paralimpik Games,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada kru IMedikel TV ketika ditemui di sidang media selepas Majlis Penutup LISOKU Peringkat Negeri Kelantan 2025, di Kompleks JBS, di sini, pada Sabtu.

Menurutnya LISOKU bukan sahaja semata-mata untuk memilih atlet tetapi untuk mengalakkan golongan OKU untuk bersosial, membina hubungan dan kemahiran hidup yang boleh digilap melalui penyertaan itu.

Siti Mariam kata LISOKU terbuka kepada semua kategori OKU termasuk kecacatan seperti fizikal, intelektual, pendengaran dan penglihatan.

“LISOKU adalah program baharu yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“LISOKU adalah sukan berbentuk pertandingan, namun program ini adalah untuk menggalakkan masyarakat OKU untuk bersukan dan menjalani gaya hidup aktif dan sihat.

“Ianya berbeza sedikit berbanding sukan para SUKMA kerana ia tidak membabitkan klasifikasi dan juga had umur dan ia terbuka kepada semua had umur,”katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Sukan) JBS Negeri Kelantan, Hazri Nizam Zakaria, berkata walaupun LISOKU julung kali diadakan di Kelantan, tetapi sambutan sangat menggalakkan.

“Berkat usaha yang hebat daripada pelbagai pihak kolaborasi bersama agensi perseketuan dan negeri, kita mendapat sambutan sangat hangat.

“Seperti dimaklumkan ini adalah julung kali diadakan di Kelantan khas untuk golongn OKU penyertaan sangat menakjubkan,”katanya.

Kira-kira 308 orang membabitkan peserta lelaki dan wanita pelbagai had umur menyertai LISOKU 2025 dalam sukan tenpin boling, futsal dan bola tampar duduk.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here