Home Hiburan RIENA SUDAH PILIH NAMA ISLAM UNTUK KEITH

RIENA SUDAH PILIH NAMA ISLAM UNTUK KEITH

245
0

PETALING JAYA: Riena Diana mahu kekasihnya, Keith Foo memeluk Islam bukan kerana semata-mata mahu berkahwin dengannya.

Memetik laporan Berita Harian, Riena bersyukur Keith menyatakan minat mendalami Islam sejak dahulu lagi, bagi mengelak timbul persepsi keputusan dia memeluk Islam sekadar memenuhi syarat perkahwinan.

“Saya tak mahu hari ini peluk Islam, esok kahwin. Saya mahu dia belajar dam kenal agama ini lebih dekat. Saya anggap ini perjalanan yang penting dan ikhlas,” katanyak ditemui pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 di sini, malam tadi.

Riena berkata, Keith memberi kepercayaan kepadanya untuk memilih nama Islam yang sesuai untuk dirinya.

“Saya sudah pilih nama Islam untuk Keith. Tetapi, kami belum sedia umumkan lagi,” katanya.

Sementara itu, Keith, 42, yang menjalin hubungan cinta dengan pelakon Riena Diana sejak setahun lalu berkata, dia sudah mula belajar asas agama seperti doa harian sejak bersama Riena.

“Riena banyak bantu saya, ajar doa makan dan perkara asas lain. Saya sudah lama baca dan cuba faham mengenai agIslam, bukan baru sekarang,” ujarnya.

Menyentuh soal perkahwinan pula, pasangan ini enggan terlalu terburu-buru dan menyerahkan keputusan itu kepada keluarga masing-masing.

“Kami percaya soal kahwin ni kena utamakan keluarga. Kalau mereka setuju, kami akan teruskan. Tetapi, sekarang kami sibuk dengan kerjaya. Doakan yang baik-baik,” kata Riena.

Keith dan Riena dicalonkan dalam kategori Selebriti Couple Goals Terhangat pada AMT 2025 yang akan disiarkan TV3 secara langsung pada 3 Ogos depan. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here