Home Sukan KBS SOKONG KEMASUKAN ATLET WARISAN SELAGI PATUH PERATURAN PERSATUAN SUKAN ANTARABANGSA

KBS SOKONG KEMASUKAN ATLET WARISAN SELAGI PATUH PERATURAN PERSATUAN SUKAN ANTARABANGSA

306
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terbuka menyokong kemasukan atlet warisan atau naturalisasi yang dibawa masuk persatuan sukan selagi ia mematuhi peraturan badan sukan antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, bagaimanapun KBS mengingatkan agar langkah tersebut tidak dijadikan alasan untuk mengabaikan pembangunan bakat tempatan yang turut menjadi keutamaan kementerian.

“Apabila kita memberi ruang kepada pemain warisan, tidak semestinya bakat tempatan kita akan terpinggir, kalau apa yang mereka perlukan adalah pertandingan yang lebih mencabar untuk memberikan mereka dorongan dan prestasi bertambah baik.

“Kita beri keutamaan kepada bakat tempatan tetapi setiap pasukan yang keluar bertanding pasti mahu kemenangan.

“Selagi mereka mahu menang dan ikut peraturan, kita akan beri sokongan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian ASEAN Y-RoboC’25 dan Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Timur 2025 di Tunjong, di sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap persatuan sukan termasuk bola sepak, akuatik dan bola keranjang mempunyai peraturan masing-masing.

Jelasnya, KBS menyalurkan peruntukan RM1 juta melalui Majlis Sukan Negara (MSN) bagi tujuan pembangunan atlet akar umbi, terutama untuk sukan-sukan Olimpik
sejak tahun 2023.

“Kita mahu buat kedua-duanya, mahu bangunkan bakat sukan tetapi pada masa sama kita
mahu menang,” katanya.

Tambah Hannah, proses membawa masuk pemain warisan tertakluk pada garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana ia menbabitkan Jabatan Imigresen Malaysia(JIM).

Justeru, kerjasama berterusan dengan KDN dan JIM amat penting bagi memastikan segala urusan dibuat mengikut ketetapan yang sah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here