Home Hiburan ‘BIASALAH ORANG NAK USIK-USIK KAMI’ – AMIRA OTHMAN

‘BIASALAH ORANG NAK USIK-USIK KAMI’ – AMIRA OTHMAN

602
0

KUALA LUMPUR: Jambangan bunga tulip yang diterima penyanyi, Amira Othman, 32, daripada Fattah Amin baru-baru ini sekadar tanda keprihatinan pelakon itu sebagai rakan sekerja dalam industri hiburan.

Memetik laporan Harian Metro, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman berkata, Fattah menghadiahkan bunga itu pada hari keduanya ditahan dalam wad akibat keracunan makanan baru-baru ini.

“Saya mengakui ‘rakan sekerja’ (Fattah) ada beri bunga. Memang Fattah ada berkongsi di Instagram tapi saya tidak tahu mengapa, itu kena tanya dia sendiri. Saya rasa biasalah kalau orang nak usik-usik kami.

“Saya pun tak tahu nak komen apa. Tapi seperti apa yang Fattah tulis di Instagram, ‘semoga cepat sembuh rakan sekerja’. Perkara yang baik kita doakan. Untuk bercerita lebih lanjut, tidak ada apa lagi untuk diceritakan,” katanya.

Penyanyi lagu Dalam Sujudku itu berkongsi, dia dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah keracunan makanan sehingga membuatkan tekanan darah menjadi rendah.

Bagaimanapun, dia kini sudah beransur pulih dan menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya berdepan masalah keracunan makanan.

“Sebenarnya saya dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan. Mungkin kerana terlampau dehidrasi menyebabkan tekanan darah rendah. Lima hari juga saya ditahan wad.

“Saya nak ingatkan masalah keracunan makanan ini boleh menjadi serius dan jika berlaku sebarang gejala silalah segera mendapatkan rawatan. Alhamdulillah sekarang saya sudah sihat sepenuhnya.

“Cuma doktor minta untuk mengawasi tekanan darah,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan dengan Fattah, Amira tidak menafikan pelakon berkenaan adalah antara kawan lelaki yang paling rapat dengannya di dalam industri seni.

Pada 16 Jun lalu, Fattah menghadiahkan jambangan bunga tulip kepada Amira seakan-akan mengesahkan hubungan yang sedang terjalin meskipun menganggap penyanyi itu sebagai rakan sekerja.

Fattah turut menitipkan doa agar Amira segera sembuh daripada masalah kesihatan yang dihidapinya.

Sementara itu, Amira kini rancak mempromosi Dalam Sujudku yang menjadi lagu tema utama drama Dia Bukan Syurga, karya Rissa Ahdiya yang disiarkan di Slot Mega Drama, Astro Ria.

Lagu ciptaan Farouk Roman itu dilancarkan semalam di A Quite Place Karaoke, Bukit Bintang, di sini. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here