Home Sukan BARCELONA MINAT PINJAM RASHFORD

BARCELONA MINAT PINJAM RASHFORD

374
0

LONDON: Barcelona berminat untuk mendapatkan penyerang Manchester United, Marcus Rashford secara pinjaman selepas pemain itu dilihat semakin tersisih di Old Trafford.

Bintang England itu memberi bayangan sedia berhijrah ke Nou Camp hujung minggu lalu apabila menyatakan keinginannya untuk bermain bersama sensasi remaja, Lamine Yamal.

Gergasi Sepanyol itu dikatakan berminat untuk merealisasikan perpindahan itu walaupun mereka dijangka tidak akan membuat tawaran pembelian tetap dalam masa terdekat.

Barcelona sedang berusaha mendapatkan Nico Williams daripada kelab seteru La Liga, Athletic Bilbao dan perpindahan itu dijangka menelan sebahagian besar bajet musim panas mereka sekiranya terpaksa membayar klausa pelepasan bernilai £53 juta (RM305.8 juta).

Namun, jurulatih baharu Barca, Hansi Flick juga mensasarkanRashford dan kelab itu dilaporkan akan meneroka kemungkinan untuk membawa masuk pemain itu secara pinjaman dengan pilihan pembelian kekal.

Kebolehan Rashford beraksi di bahagian sayap mahupun sebagai penyerang tengah sekali gus memberi sokongan kepada Robert Lewandowski menjadikannya pilihan menarik.

United dikatakan lebih cenderung untuk menjual Rashford sekarang, tetapi mereka juga mahu mengurangkan beban gaji dengan mengeluarkan bayaran mingguannya yang mencecah £370,000 (RM2.1 juta).

Rashford, 27, bersama-sama Jadon Sancho dan Antony, adalah antara pemain utama yang disenaraikan untuk dijual dalam usaha United mengimbangi kewangan musim panas ini.

SunSport sebelum ini mendedahkan bahawa Newcastle United juga berminat mendapatkan Rashford.

The Magpies berharap dapat mengekalkan penyerang utama mereka, Alexander Isak, walaupun menerima minat daripada Arsenal dan terutama sekali Liverpool.

Pengurus Newcastle, Eddie Howe, dikatakan melihat Rashford sebagai tambahan pemain penting untuk kempen Liga Juara-Juara kelab itu. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here