Home Politik BERTANDING LAGIKAH SELEPAS 3 KALI TEWAS: ASYRAF WAJDI PERJELAS PEMBABITAN POLITIK

BERTANDING LAGIKAH SELEPAS 3 KALI TEWAS: ASYRAF WAJDI PERJELAS PEMBABITAN POLITIK

754
0

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyerahkan kepada ‘jemputan’ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sama ada beliau dicalonkan lagi bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Memetik laporan Berita Harian, Setiausaha Agung UMNO itu berkata, tiga kali beliau tercalon pada PRU sebelum ini atas kehendak presiden parti ketika itu.

“Saya serah kepada kepimpinan parti sebab saya terlibat dalam parti ini bukan seperti orang lain. Saya tidak bermula di cawangan atau bahagian. Memang saya dijemput untuk bersama dalam perjuangan.

“Kali pertama, Almarhum Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) minta untuk saya balik ke Tumpat walaupun waktu itu saya beritahu kepada Pak Lah, ….walaupun ayah saya bekas Ahli Parlimen di situ, saya tak pernah bergelumang dengan politik. Sebab saya lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur.

“Waktu itu bila saya menerimanya saya mengambil peluang untuk masuk dan waktu itu Pak Lah sebut kepada saya untuk bantu dia agar kita sama-sama memperkuat agenda Islam dalam UMNO. Itu menyebabkan saya terdorong.

“Kali kedua pula di (bertanding di Parlimen) Pasir Puteh. (Presiden UMNO ketika itu), Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan pujuk saya untuk bertanding. Saya akur. Waktu itu kali kedua saya kalah dengan 1,300 undi.

“Baru-baru ini bila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi minta saya bertanding di Gerik dan saya diminta untuk balik ke Gerik tiga hari sebelum penamaan calon. UMNO bukan macam parti lain, bukan boleh payung terjun ke mana-mana kawasan secara tiba-tiba,” katanya ketika menjadi tetamu Podcast BH, Borak Harini bertajuk: Adakah lagi UMNO selepas PRU16?

Pada PRU15, Asyraf Wajdi yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO bertanding di kerusi Parlimen Gerik, namun tewas di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Fathul Huzir Ayob dalam pertembungan tiga penjuru.

Pada PRU14 pula, beliau bertanding di Pasir Puteh namun kalah kepada calon PAS, Datuk Nik Mohamad Zawawi Salleh, juga dalam pertembungan tiga penjuru. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here