Home Segmen Kesihatan 7 PERKARA PERLU DIELAKKAN DI USIA 40

7 PERKARA PERLU DIELAKKAN DI USIA 40

327
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Di usia muda ramai tidak cakna akan soal kesihatan kerana beranggapan usia masih muda.

Ada dalam kalangan kita yang berusia awal 20an hingga 30an bekerja sampai lupa untuk menjaga kesihatan sendiri.

Terlalu fokus untuk bekerja, tidur pun agak lambat, dan keesokan pula bangun seawal pagi untuk rutin harian.

Ada juga yang lupa untuk menikmati sarapan pagi dan juga kurang bersenam disebabkan rasa diri masih muda dan kuat.

Sebenarnya tekanan sentiasa ada namun mereka lebih mengambil sikap abaikan sahaja sehinggalah menginjak usia 40an.

Badan mula terasa lemau dan lesu. Kerja yang kita kejarkan suatu ketika dulu tanpa mementingkan kesihatan dan menjaga kesihatan mental seakan memakan diri.

Jadi, tua atau muda kita perlu menjaga kesihatan agar kita kekal tenang dan sihat walau berada di usia 40an.

Perkongsian Public Health Malaysia bagi mereka yang menginjak usia 40 diharap dapat membuka mata kita semua yang kesihatan diri dan mental amatlah penting.

Ini antara 7perkara yang tidak sesuai dilakukan lagi selepas usia 40 tahun.

  1. Tidur lewat setiap malam – tidur secukupnya agar kekal sihat dan bertenaga keesokan hari
  2. Minum manis setiap hari – elakkan minum minuman manis
  3. Tiada keinginan berhenti merokok atau vape – cuba untuk berhenti merokok kerana terdapat banyak penyakit bagi mereka yang merokok
  4. Duduk sepanjang hari tanpa bersenam – ada dalam kalangan muda mudi agak sukar bersenam kerana malas, namun bagi mengekalkan kesihatan kita perlu rajin bersenam, duduk sepanjang hari khususnya pada waktu pejabat akan membuatkan postur badan anda membongkok, sakit leher dan mata kering.
  5. Abaikan kesihatan mental – tenangkan fikiran agar kesihatan mental terjaga, elakkan tekanan terutama di tempat kerja, kekal tenang sentiasa
  6. Tidak pernah buat saringan kesihatan – ramai dalam kalangan golongan muda hanya melakukan saringan kesihatan selepas menginjak usia 40 tahun, padahal kita boleh melakukan saringan tersebut pada bila-bila masa
  7. Kerja keras tanpa rehat – sebaiknya ambil cuti dan nikmati percutian bagi melegakan tekanan ketika bekerja.

Jadi, kita perlu mulakan dari sekarang bagi menjaminkan kesihatan yang baik di usia 40. Jangan menyesal di kemudian hari.

Jaga pemakanan, jaga kesihatan diri dan jaga kesihatan mental

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here