Home Buletin Semasa 8,500KG BERAS SELUDUP DIRAMPAS

8,500KG BERAS SELUDUP DIRAMPAS

318
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Kira-kira 8,500kilogram (kg) beras putih seludup bernilai RM159,000 dipercayai dari Thailand dirampas dalam kejadian di Jalan Kampung Bendang Pak Yong, di sini, pada Isnin.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan semalam berkata kegiatan penyuludpan itu tumpas apabila Batalion 9 Pasukan gerakan AM (PGA) menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan menerusi Op Taring Wawasan kira-kira jam 12.30 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 8,500 Kg beras putih dari Thailand di temui belakang lori dan disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan.

“Pemandu lelaki tempatan berumur 23 tahun yang menjadi penghantar beras tersebut ke pasaran tempatan turut ditahan. Anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM 159,000 termasuk lori,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Agensi Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN) Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here