Home Buletin Semasa PGA TUMPAS JUALAN VAPE TANPA LESEN BERNILAI LEBIH RM180,000

PGA TUMPAS JUALAN VAPE TANPA LESEN BERNILAI LEBIH RM180,000

467
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan aktiviti penjualan rokok elektronik (vape) tanpa lesen bernilai RM182,000 di sebuah premis berhadapan sebuah sekolah di Kampung Kelaboran, di sini, pada Selasa.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan hari ini berkata operasi itu dijalankan anggota Batalion 9 PGA, bersama beberapa pegawai Majlis Daerah Tumpat (MDT), kira-kira jam 1.45 petang menerusi Op Taring Wawasan.

“Pasukan operasi menemukan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun berada dalam premis berkenaan, namun gagal mengemukakan lesen sah perniagaan berkaitan penjualan vape daripada pihak berkuasa tempatan.

“Pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah besar cecair dan peranti vape yang disimpan di premis berkenaan. Rampasan membabitkan 1,380 unit pelbagai peranti dan cecair vape, termasuk 27 tin cecair vape, 63 paket cecair vape dan 529 unit peranti vape,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil rampasan diserahkan kepada MDT untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(5)(c) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MDT 2019.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here