Home Buletin Semasa KEMALANGAN BAS PELAJAR UPSI BUKAN AKIBAT SISTEM MEKANIKAL

KEMALANGAN BAS PELAJAR UPSI BUKAN AKIBAT SISTEM MEKANIKAL

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Kemalangan tragik yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini bukan disebabkan kegagalan sistem mekanikal, sebaliknya berkemungkinan berpunca daripada faktor manusia, keadaan jalan dan aspek lain yang sedang disiasat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, berdasarkan laporan awal teknikal yang disediakan oleh Puspakom, keadaan fizikal bagi brek bas, kesemua brakelining dan brake drum bagi semua gandar masih berada di dalam keadaan yang memuaskan.

“Tidak terdapat sebarang ketidakseragaman pada brake drum mahupun kenipisan pada brake lining dan tiada petunjuk kegagalan mekanikal pada aspek-aspek ini yang boleh dikaitkan secara langsung sebagai punca kemalangan.

“Dari pemeriksaan fizikal tayar, bunga tayar juga dalam keadaan memuaskan danmematuhi piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain komponen bahagian stereng dan suspensi juga memuaskan,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Jelas beliau, pihaknya akan melaksanakan langkah penambahbaikan berdasarkan penemuan akhir bagi memastikan keselamatan jalan raya terus dipertingkat.

“Keselamatan pengguna jalan raya adalah keutamaan kami.

“Kami akan memperketatkan pematuhan piawaian keselamatan, kelayakan pemandu, dan pemantauan operasi syarikat pengangkutan secara berterusan,” katanya.

Beliau turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa, sambil menegaskan bahawa pihaknya akan terus komited menegakkan keadilan dan memastikan tragedi sepertiini tidak berulang pada masa akan datang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here