Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Individu yang mempunyai masalah batu karang sering merasakan keperitan yang teruk kerana komplikasinya yang sangat menyakitkan.
Tahukah anda, sekiranya mengalami masalah batu karang dalam badan teutamanya pada pundi kencing atau buah pinggang, anda boleh cuba minum air lobak putih.
Lobak putih adalah salah satu bahan semula jadi yang berpotensi membantu melegakan masalah batu karang.
Sayuran ini mengandungi air yang tinggi dan bersifat diuretik, iaitu membantu meningkatkan pengeluaran air kencing.
Ini dapat melancarkan sistem perkumuhan dan membantu menyingkirkan batu karang kecil secara semula jadi.
Selain itu, lobak putih juga mengandungi vitamin C dan antioksidan yang baik untuk kesihatan buah pinggang serta mampu mengurangkan keradangan.
Biasanya, ramai pesakit yang mengambil air rebusan lobak putih dan diminum bagi membantu menghancurkan batu karang dan melancarkan aliran air kencing.
Walaupun pengambilan lobak putih memberi manfaat, rawatan moden tetap diperlukan, terutama bagi batu karang yang bersaiz besar atau menyebabkan komplikasi.
Penggunaan lobak putih sebagai rawatan sokongan adalah langkah tambahan yang boleh diamalkan bersama nasihat doktor.
Oleh sebab itu, pesakit disarankan minum air putih secukupnya dan menjaga pemakanan juga penting untuk mencegah pembentukan batu karang pada masa akan datang.
IMedikel TV






