Home Segmen Kesihatan CARA ATASI SIMPUL BIAWAK SEMASA HAMIL

CARA ATASI SIMPUL BIAWAK SEMASA HAMIL

289
0

Oleh: Nur Athirah Azman@Imedikel TV

Simpul biawak adalah masalah yang sering dialami oleh wanita mengandung terutamanya ketika sedang tidur pada waktu malam.

Walaupun sudah terbiasa, tetapi kejadian itu sangat memeritkan kerana rasanya yang sakit sehingga tidak dapat digambarkan.

Mereka sering mengalaminya ketika trimester kedua dan ketiga kehamilan.

Simpul biawak atau kekejangan itu boleh berlaku di betis, paha atau kaki.

Sebelum kita pelajari bagaimana cara untuk mengatasi masalah itu, kita perlu tahu apa punca ia berlaku.

Antara puncanya adalah peredaran darah wanita mengandung yang terjejas akibat tekanan janin yang semakin membesar.

Selain itu, disebabkan kekurangan elektrolit seperti kalsium, magnesium dan kalium serta keletihan otot atau berdiri jangka masa lama dan kekurangan air dalam badan.

Bagi mengatasi masalah itu, kesemua wanita yang mengalaminya disarankan untuk mencuba langkah-langkah di bawah:

1.Regangan otot

– Bila kejang berlaku, luruskan kaki dan tarik jari kaki ke arah badan.

– Urut perlahan-lahan kawasan yang kejang.

– Berdiri dan berjalan perlahan boleh membantu meregangkan otot.

2. Senaman ringan

– Buat senaman regangan ringan setiap hari, terutama sebelum tidur, contohnya memutar pergelangan kaki, regangan betis, dan yoga untuk ibu mengandung.

3. Kekal hidrasi

– Minum air secukupnya setiap hari (sekurang-kurangnya 8 gelas).

– Elakkan minuman berkafein berlebihan kerana ia menyahhidratkan badan.

4. Pemakanan sihat

– Ambil makanan yang kaya dengan

kalsium: susu, yogurt, keju, tauhu

Magnesium: kekacang, bijirin penuh, sayuran hijau

Kalium: pisang, kurma, kentang

5. Suplemen (dengan nasihat doktor)

– Jika perlu, doktor boleh cadangkan suplemen kalsium atau magnesium untuk bantu kurangkan kekejangan.

6. Gunakan haba

– Letakkan tuala suam atau botol air panas di kawasan kejang untuk melegakan otot.

7. Pakai kasut yang selesa

– Elakkan tumit tinggi.

– Gunakan kasut yang menyokong kaki dengan baik.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here