Home Segmen Kesihatan OSA: GANGGUAN TIDUR YANG BOLEH UNDANG STROK, SERANGAN JANTUNG & MASALAH RUMAH...

OSA: GANGGUAN TIDUR YANG BOLEH UNDANG STROK, SERANGAN JANTUNG & MASALAH RUMAH TANGGA

356
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Obstructive Sleep Apnea (OSA) bukan sekadar gangguan tidur yang menyebabkan dengkuran. Ia merupakan ancaman kesihatan serius yang mampu meningkatkan risiko strok, serangan jantung, dan masalah metabolik seperti kencing manis.

Bagi mereka yang mempunyai pasangan yang mempunyai masalah OSA, secara tidak langsung boleh menjejaskan hubungan antara suami isteri disebabkan terganggu dengan dengkuran.

Menurut Public Health Malaysia dalam perkongsian di media sosial, OSA berlaku apabila saluran pernafasan tersekat ketika tidur, menyebabkan bekalan oksigen ke otak terganggu.

Terdapat beberapa kesan yang dikongsikan dan sebenarnya ramai tidak sedar bahawa kurang oksigen ke otak ketika tidur boleh meningkatkan risiko strok dan menyebabkan serangan jantung senyap. Ini adalah antara kesan yang anda perlu tahu.

Lebih membimbangkan, OSA turut dikaitkan dengan kencing manis yang sukar dikawal akibat gangguan hormon tidur.

Malah, masalah ini juga boleh menjejaskan hubungan suami isteri berikutan dengkuran kuat dan tidur yang tidak berkualiti.
Jika anda alami gejala seperti di atas, jangan tunggu lama. Dapatkan penilaian dari pakar. Rawatan seperti CPAP (Continuous Positive Airway Pressure) untuk merawat OSA yang dihidapinya.

Namun anda jangan risau, setiap penyakit dan masalah sudah pasti ada ubatnya. Bagi mereka yang mempunyai masalah tersebut terdapat rawatan yang boleh membantu anda bernafas dengan lebih baik.

Rawatan bagi OSA bukan sahaja wujud, tetapi terbukti berkesan. Antara kaedah rawatan utama ialah penggunaan mesin CPAP (Continuous Positive Airway Pressure) yang membantu mengekalkan saluran pernafasan terbuka sepanjang malam.

Dengan rawatan CPAP, pesakit boleh mendapatkan tidur yang lebih lena, oksigen yang mencukupi ke otak, dan bangun pagi dengan lebih segar.


Ujian Tidur Tidak Menyakitkan

Bagi mereka yang mengalami gejala OSA seperti dengkuran kuat, terbangun tiba-tiba kerana tercekik, atau rasa mengantuk melampau di siang hari, dinasihatkan segera berjumpa pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).

Pesakit akan menjalani “sleep study” atau ujian tidur, iaitu pemantauan semalaman dengan sensor kecil diletakkan di kepala, dada, jari, dan hidung.

Ujian ini tidak menyakitkan, tetapi sangat penting untuk mendiagnosis OSA dan menentukan tahap keparahannya.

Bagi mereka yang mempunyai masalah OSA, anda dinasihatkan agar tidak memandang ringan gejala OSA, kerana rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa dan memperbaiki kualiti hidup.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here