Home Politik PN BANTAH SEPENUHNYA CADANGAN RUU PSB

PN BANTAH SEPENUHNYA CADANGAN RUU PSB

483
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Parti Perikatan Nasional (PN) membantah cadangan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) kerana ia akan memberi kesan yang besar kepada orang Melayu di bandar.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, RUU PSB memberi ruang kepada pengambilalihan hartanah walaupun tanpa persetujuan penuh pemilik.

“Kita sudah melihat draf RUU yang akan dibentangkan di Parlimen itu.

“Kerajaan mahu mengambil alih hak milik strata termasuk flat yang berusia 30 tahun dan ke atas dengan hanya nilai ambang persetujuan 75 hingga 80 peratus sahaja berbanding sekarang memerlukan 100 peratus persetujuan pemilik rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Khas Serahan Memorandum Bantahan Pemuda Pas Kelantan Marwan Hussin Kepada Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan Bagi Menyatakan Cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) di Pejabat Parlimen Kota Bharu, hari ini.

Jelasnya, kerajaan perlu mengambil kira tempat asal orang Melayu dan tidak sewenang-wenangnya dijual kepada orang lain terutama warga asing.

Tambahnya, RUU PSB di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dijangka dibentangkan pada Ogos atau Oktober tahun ini.

“RUU ini mempunyai serampang dua mata dan mendapat tentangan yang amat hebat terutamanya daripada penduduk-penduduk Mwlayu yang tinggal di bandar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar semua Ahli Parlimen Melayu, sama ada kerajaan mahupun pembangkang, menyemak semula pendirian mereka jika RUU ini benar-benar dibawa ke Parlimen.

“Kami akan lawan sehabis mungkin, bantahan itu dilakukan bukan bermakna PN anti pembangunan, namun mahu kerajaan mengambil kira tempat tinggal asal orang Melayu dalam bandaraya,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here