Home Buletin Semasa PGA RAMPAS LEBIH 8,000 ANAK POKOK DISYAKI BAWA SERANGGA PEROSAK BERNILAI RM2.6...

PGA RAMPAS LEBIH 8,000 ANAK POKOK DISYAKI BAWA SERANGGA PEROSAK BERNILAI RM2.6 JUTA

305
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya mematahkan cubaan membawa masuk ribuan tanaman hiasan yang disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit dalam satu operasi pada Rabu.

Dalam kenyataan media, Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan oleh Batalion 9 PGA sekitar jam 12.10 tengah malam di Kampung Gual Tinggi, di sini, semasa menjalankan Op Taring Wawasan.

“Pasukan menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 8,000 anak pokok Pandanus serta 138 anak pokok Heliconia SP, yang disyaki membawa ancaman kepada biosekuriti negara,” katanya.

Menurutnya pemandu lori, seorang lelaki berumur 26 tahun, dipercayai dalam perjalanan menghantar tanaman tersebut ke pasaran tempatan.

”Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan mencecah RM2.64 juta.

”Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167), dan suspek serta barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut,”katanya.

Tambahnya PGA komited mempergiatkan pemantauan dan operasi bagi memastikan sektor pertanian negara kekal bebas daripada ancaman serangga perosak dan penyakit berbahaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here