Home Buletin Semasa GURU LELAKI MENGAKU TIDAK BERSALAH, TIKAM ANAK

GURU LELAKI MENGAKU TIDAK BERSALAH, TIKAM ANAK

210
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: Seorang guru lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini dan mohon bicara atas pertuduhan menikam anak lelakinya berusia 11 tahun di rumahnya di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas pada 2 Mei lalu.

Tertuduh, Asrolfandi Ab Suki, 47 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menikam anak lelakinya dengan niat membunuh menggunakan sebilah pisau sehingga mengakibatkan kecederaan pada jam lebih kurang 8.55 pagi di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas, 2 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Na’ilah Harizan dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Aiysha Na’iah memohon tertuduh untuk dirujuk ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Perak untuk mendapatkan maklumat berkaitan status mental tertuduh.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh dirujuk ke hospital berkenaan dan menetapkan 15 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki cedera ditikam bapanya dengan pisau pemotong sayur dalam kejadian 2 Mei lalu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here