Home Sukan MESSI ALAMI KEKALAHAN TERBESAR DI MLS

MESSI ALAMI KEKALAHAN TERBESAR DI MLS

WASHINGTON: Lionel Messi mengalami kekalahan terbesar dalam kariernya di Major League Soccer (MLS) apabila Inter Miami dibelasah 4-1 oleh Minnesota United.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, bintang Argentina itu menjaringkan gol tunggal pasukannya di babak kedua tetapi benteng Miami mudah dirobek Minnesota yang memberikan Miami kekalahan keempat dalam lima aksi terakhir mereka – dengan keseluruhan 14 gol dibolosi.

Dengan Luis Suarez cedera, pengendali Inter Miami, Javier Mascherano memilih untuk bermain tanpa penyerang tulen, dan Messi beraksi bebas di hadapan lima pemain tengah.

Bongokuhle Hlongwane meletakkan Minnesota di depan pada minit ke-32 hasil umpanan Carlos Harvey, dan menambah jaringan menjelang rehat menerusi Anthony Markanich.

Messi merapatkan jurang tiga minit selepas rehat selepas mendapat hantaran Jordi Alba, tetapi Minnesota menambah jaringan hasil gol sendiri Marcelo Weigandt. Robin Lod meledak gol keempat Minnesota dari luar kotak penalti. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here