Home Politik BN MENANG AYER KUNING MAJORITI LEBIH 5,000 UNDI

BN MENANG AYER KUNING MAJORITI LEBIH 5,000 UNDI

542
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan keputusan keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak, dengan kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr. Yusri Bakir.

Pengerusi SPR, Datuk Sri Ramlan Datuk Harun, dalam satu kenyataan rasmi semalam berkata Dr. Yusri memperoleh sebanyak 11,065 undi, menewaskan calon-calon lain dengan majoriti selesa sebanyak 5,006 undi.

“SPR turut memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi bagi PRK ini adalah sebanyak 58.07 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Untuk maklumat lanjut mengenai keputusan penuh PRK Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi SPR di https://dashboard.spr.gov.my/.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here