Home Buletin Semasa KPDN KELANTAN PERKETAT PEMANTAUAN PENIAGA DI LOKASI TUMPUAN AWAM

KPDN KELANTAN PERKETAT PEMANTAUAN PENIAGA DI LOKASI TUMPUAN AWAM

512
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan meneruskan pemeriksaan dan penguatkuasaan secara aktif di lokasi-lokasi tumpuan awam bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.

Menurut Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, pemantauan itu bertujuan memastikan bekalan barang keperluan harian sentiasa mencukupi serta harga barangan kekal stabil untuk pengguna.

“Pegawai penguat kuasa kami menjalankan pemeriksaan bagi memastikan pematuhan penuh dalam kalangan peniaga, selain memantau keberadaan stok barang keperluan serta kestabilan harga di pasaran.

“Usaha ini penting bagi melindungi hak pengguna dan memastikan rantaian bekalan tidak terganggu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang aduan atau pertanyaan melalui saluran rasmi yang disediakan KPDN untuk tindakan lanjut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here