Home Buletin Semasa LEBIH 2,000 KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN ALAMI BANTUT- JPNIN

LEBIH 2,000 KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN ALAMI BANTUT- JPNIN

355
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mencatat 2,427 murid di Tabika Perpaduan yang mengalami masalah bantut dan bantut teruk setakat 1 Januari hingga Mac, tahun ini.

Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Che Roslan Che Daud berkata, jumlah tersebut amat tinggi memandangkan keseluruhan murid adalah seramai 34,000.

“Agak tinggi dan ini satu cabaran juga untuk kita menentukan bahawa jumlah murid itu dapat dikurangkan dari segi bilangan bantut dan bantut teruk.

“Di Kelantan pula, seramai 133murid Tabika Perpaduan yang terlibat dengan masalah bantut dan bantut teruk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian Pelancaran Menu Sihat Perpaduan di Pusat Aktiviti Perpaduan, di sini, hari ini.

Katanya, menerusi program itu, bukan sahaja guru malah golongan ibu bapa dan masyarakat diberi kesedaran akan masalah beban berganda malpemakanan (BBM) yang terjadi pada kanak-kanak.

Jelasnya, kanak-kanak yang terlibatdengan masalah BBM akan berisiko mengalami kekurangan berat badan, bantut, susut dan obesiti.

Tambahnya, pemakanan amatpenting bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan mereka kekal sihat dan seimbang.

“Kita kena bagi kesedaran bukan sahaja pada guru tetapi ibu bapa dan juga masyarakat supaya menyediakan menu yang sihat di rumah dan menepati kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Itu yang utama kita ingin maklumkan menerusi program sebegini supaya ibu bapa, masyarakat dan guru-guru memahami,setelah itu baru kita berjaya mengurangkan kanak-kanak yang mengalami masalah
bantut.

“Jika di sekolah sahaja ataupun di tabika saja, kita kawal dan buat makanan yang sihat tapi balik rumah tidak diikuti sebagainya standard yang ditetapkan oleh KKM maka kita tidak akanberjaya, sebab itu semua peringkat kena memahami dan keterlibatan mereka itu bersama itu sangat penting,” katanya.

Menurutnya, pemakanan merupakan komponen penting dalam memastikan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang optimum.

“Nilai kalori yang disarankan bagi murid berumur empat hingga enam tahun adalah sebanyak 1,255 kilo kalori sehari, manakala bagi kanak-kanak taska berumur antara satu hingga tiga tahun,nilai kalori yang diperlukan ialah sekitar 940 kilo kalori sehari.

“Sekiranya di rumah, anak dibiasakan dengan air manis, makanan ringan, dan makanan segera, maka usahaguru di sekolah akan menjadi sia-sia,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Farmasi IMedikel, Nurul Syuhada Hamidon turut menyampaikan syarahan berkenaan menu sihat di majlis berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden IMedikel, Hasnah Zakaria hadir bagi menerima sijil penghargaan daripada JPNIN.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here