Home Hiburan AMY BUKTIKAN KEUNGGULAN DI AXIATA ARENA

AMY BUKTIKAN KEUNGGULAN DI AXIATA ARENA

526
0

BUKIT JALIL: Bintang layak digelar legenda rock, Datuk Amy Search membuktikan keunggulan pada Amy Search Magic Konsert First Solo Concert yang menggegar Axiata Arena di sini, malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, biarpun konsert solo pertamanya itu bertembung dengan perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan dan Sri Pahang FC di lokasi bersebelahan, iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, lebih 4,000 peminat setia Amy memenuhi segenap ruang di Axiata Arena bagi memberi sokongan kepada idola mereka.

Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman yang juga anak Johor, menzahirkan penghargaan kepada peminat sebaik tirai konsert dibuka pada jam 9.10 malam.

“Terima kasih kepada semua yang hadir dalam pelayaran saya sebagai penyanyi pada hujung karier saya ini. Di sebelah ada Johor (merujuk kepada perlawanan bola sepak) dan di sini pun ada anak Johor ,” katanya disambut tepukan gemuruh peminat.

Amy menghadiahkan persembahan bertenaga dengan iringan 13 pemuzik di bawah kendalian penerbit konsert, Jennifer Thompson.

Pada konsert itu, Amy menghiburkan peminat dengan lebih 21 lagu. Antara lagu wajib yang didendangkan adalah Gadisku, Rozana, Fantasia Bulan Madu, Pawana, Saat Yang Ku Idamkan, Kerja Gila, Tiada Lagi dan Isabella.

Amy turut menyanyikan lagu dendangan sahabat seperjuangannya seperti lagu Suatu Masa yang dipopularkan Datuk M Nasir, Halaman Rindu (Lefthanded) dan Sejuta Wajah (Sweet Charity).

Amy juga mendendangkan lagu dari kumpulan rock Bunkface, Rentak Laguku.

Turut hadir memberi sokongan adalah rakan artis seperti Che Puan Sarimah Ibrahim, Azharina, Man Kidal, Akim Ahmad, Ella, Aweera, Ning Baizura, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here