Home Buletin Semasa POLIS KELANTAN BURU WANITA DALAM RAKAMAN CCTV

POLIS KELANTAN BURU WANITA DALAM RAKAMAN CCTV

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis Kelantan kini sedang mengesan seorang wanita yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kerana dipercaya terlibat dalam satu kejadian kecurian di Pasar Besar Siti Khadijah, di sini. Semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan semalam, berkata pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mengenali individu dalam rakaman tersebut, atau individu berkenaan sendiri, supaya tampil membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Kes,Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kota Bharu, Sarjan Mohd Syawal Abd. Mutolib di talian 014-677 5994 atau 09-775 2242,” katanya dalam kenyataan hari semalam.

Dalam rakaman CCTV berdurasi 37 saat itu memaparkan seorang wanita dipercayai mencuri beg duit milik seorang pelanggan wanita di pasar itu.

Menerusi rakaman itu, wanita berkenaan dilihat memerhati gerak geri mangsa yang sedang membeli di sebuah kedai di pasar itu sebelum menyeluk dan mengambil beg duit dari beg tangan mangsa dan melarikan diri.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here