Home Segmen Kesihatan BAU MINYAK WANGI GANGGU AKTIVITI HARIAN

BAU MINYAK WANGI GANGGU AKTIVITI HARIAN

189
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Minyak wangi sememangnya menjadi pilihan ramai untuk tampil lebih segar dan berkeyakinan.

Namun, ada dalam kalangan kita kurang gemar dengan minyak wangi kerana boleh mengakibatkan rasa pening kepala atau mual.

Tahukah anda sesetengah individu mempunyai kepekaan tinggi terhadap bahan kimia tertentu dalam wanigan.

Ini dipanggil “fragrance sensitivity”. Ia bukan alergi tetapi reaksi sistem saraf terhadap bau yang kuat biasanya disebabkan oleh bahan kimia sintetik dalam produk wangian.

Menurut portal hellodoktor pewangi juga boleh didapati di dalam:

  1. Produk penjagaan diri seperti sabun, losen, syampu, deodoran dan tuala wanita.
  2. Produk pembersih rumah seperti pencuci baju, softener, pewangi udara, lilin dan kadangkala, tisu tandas.
  3. Perisa yang ditambah ke dalam makanan serta minuman, gincu dan ubat gigi.
  4. Ubat-ubatan tertentu lebih-lebih lagi ubat sapu.
  5. Minyak pati yang mengandungi pewangi.

Buat masa ini, masih belum ada penawar untuk keadaan ini.

Satu-satunya cara untuk mengelakkan alahan minyak wangi adalah dengan cara mencegah alergen tersebut atau mengambil ubat-ubatan untuk mengawalnya.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk mengelakkan diri daripada terdedah dengan pewangi.

Ia merupakan satu bahan yang digunapakai secara meluas di dalam produk yang kita gunakan setiap hari.

Namun, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pendedahan terhadap bau minyak wangi. Antaranya ialah:

  1. Elakkan kawasan yang dipenuhi orang ramai, terutamanya kawasan yang dipenuhi orang yang memakai minyak wangi dengan kuat. Sama jugalah jika anda pergi ke pusat membeli belah, elakkan lalu di tempat menjual minyak wangi.
  2. Letakkan air purifier berdekatan untuk pastikan tempat kerja anda bebas daripada partikel yang boleh menyebabkan simptom.
  3. Jangan gunakan produk yang mengandungi pewangi. Walaupun sukar, cuba cari produk yang bebas pewangi. Ini termasuklah lilin dan pewangi bilik.
  4. Dapatkan suntikan flu setiap tahun untuk pastikan sistem imun terus kuat.
  5. Pastikan semua orang tahu mengenai alahan anda. Jangan rahsiakan kondisi anda daripada ahli keluarga, kawan-kawan dan teman sekerja.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here