Home Buletin Semasa SETOR SIMPANAN TAYAR TERBAKAR

SETOR SIMPANAN TAYAR TERBAKAR

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

WAKAF BHARU: Sebuah setor penyimpanan tayar sementara kekal musnah dalam kebakaran di Jalan Pasir Pekan, di sini, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II KUP Shukri Ramli, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6:40 pagi melalui sistem MERS 999.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu bersama bantuan BBP Kota  Darul Naim segera digerakkan ke lokasi. Seramai 12 anggota terlibat dalam operasi tersebut.

“Setibanya di tempat kejadian, api sedang marak membakar sebuah setor penyimpanan tayar bersain 10×10 kaki.

“Pasukan bomba bertindak pantas memadam menggunakan dua aliran hose reel, dan api berjaya dikawal pada 7.04 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 7.08am,”katanya dalam kenyataan.

Katanya kebakaran memusnahkan kira-kira 50 peratus setor tersebut, namun tiada mangsa terlibat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here