Home Luar Negara KERJA 3 TAHUN, DIPECAT KERANA PULANG AWAL SEMINIT

KERJA 3 TAHUN, DIPECAT KERANA PULANG AWAL SEMINIT

BEIJING: Hanya kerana pulang awal seminit dalam enam kali sebulan, seorang wanita di China dipecat majikannya.

Pekerja itu, Wang, membawa syarikat itu yang berpangkalan di Guangzhou, Guangdong, ke mahkamah pada awal tahun ini, lapor New Express.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Mtero, mahkamah tempatan baru-baru ini memutuskan bekas majikannya memecatnya secara tidak sah dan harus membayar pampasannya dengan jumlahnya tidak jelas.

Mahkamah berkata, walaupun Wang keluar seminit lebih awal daripada jadual kerja adalah tidak munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa dia pulang awal.

“Syarikat itu tidak mengeluarkan amaran kepadanya dan mereka juga tidak mendesaknya untuk membetulkan tingkah lakunya.

“Jadi tidak wajar majikan memecatnya secara mengejut kerana ia menyalahi undang-undang berikutan kekurangan bukti dan tidak munasabah,” kata mahkamah.

Sementara itu, Wang berkata, dia bekerja untuk syarikat itu selama tiga tahun dan mempunyai rekod prestasi agak baik.

Katanya, pada akhir tahun lalu, seorang pengurus sumber manusia memberitahunya, rekod pengawasan pejabat menunjukkan dia meninggalkan mejanya seminit lebih awal daripada masa ditetapkan selama enam hari dalam sebulan sepanjang setahun.

“Saya membuat aduan kepada pihak berkuasa hak buruh tempatan dan menyaman syarikat itu,” katanya.

Seorang peguam dari Firma Guaman Guangzhou Laixin, Liu Biyun berkata, memecat pekerja dalam keadaan sedemikian adalah hukuman berat.

Tuntutan saman itu mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, mengenai bos yang terlampau ‘keras’ dengan sebahagian netizen menyokong tindakan wanita itu. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here