Home Sukan AC MILAN TEMUI SEMULA RENTAK KEMENANGAN

AC MILAN TEMUI SEMULA RENTAK KEMENANGAN

UDINE: AC Milan melakar kemenangan meyakinkan ke atas Udinese selepas membenam lawan dengan 4-0 dalam aksi Serie A, awal pagi tadi.

Kemenangan itu nyata menggembirakan pengendalinya, Sergio Conceicao di mana ia kemenangan pertama AC Milan untuk bulan ini. 

“Ia kemenangan yang amat kami cari. Saya gembira dengan aksi pemain dan harap dikekalkan untuk aksi seterusnya,” kata Conceicao.

Dalam aksi itu, Rafael Leao dan Strahinja menjaringkan dua gol pantas sebelum waktu rehat untuk memberi kelebihan buat pelawat.

Selepas separuh masa kedua bermula, Theo Hernandez menjadikan kedudukan 3-0 pada pertengahan perlawanan sebelum Tijjani Reijnders melengkapkan malam penuh gemilang buat AC Milan.

Begitupun disebalik kemenangan itu, penjaga gol Milan, Mike Maignan terpaksa diusung keluar pada awal babak kedua ekoran pelanggaran dengan pemain pertahanan.

Ketika ini Milan di tangga kesembilan liga dengan 51 mata selepas mengharungi 32 aksi, enam mata ketinggalan di belakang pasukan di kedudukan keempat iatu Bologna.

Milan masih berpeluang merebut slot ke Eropah dalam aksi Liga Juara-Juara musim depan namun perlu mengekalkan momentum kemenangan sambil mengharapkan pasukan lain tewas. -Reuters, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here