Home Buletin Semasa KANAK-KANAK KEKAL TRADISI RAYA RUMAH JIRAN

KANAK-KANAK KEKAL TRADISI RAYA RUMAH JIRAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Kemeriahan kanak-kanak datang beraya ke rumah jiran tetangga menghidupkan kembali tradisi zaman dulu.

Tahun ini, tradisi itu hidup kembali dengan semangat sama meskipun sedikit berubah.

Abdullah Omar, 67, berkata dia gembira kerana masih ada kanak-kanak yang datang dari rumah ke rumah seperti zaman sebelum ini.

“Suka tengok budak-budak ini datang beraya. Kadang kita tidak kenal pun mereka siapa. Tujuannya sama sahaja, bukan datang hendak makan kuih raya, tetapi lebih kepada duit raya.

“Sambil bersedekah kita beri sahaja kepada mereka. Tahun depan datang lagi. Nanti mereka akan teringat zaman kanak-kanak macam kita dulu,”katanya.

Waldan Danish, 13, berkata dia bersama sepupu sanggup pergi dari rumah ke rumah untuk mendapatkan duit raya.

“Seronok dapat duit raya dan berjalan bersama sepupu. Saya hendak kumpul duit banyak-banyak, nanti boleh tengok siapa paling banyak dapat duit raya,”katanya.

Manakala Che Nor Alia, 14, berkata beraya di rumah jiran boleh mengeratkan silaturahim.

“Selain dapat duit raya, kita boleh berkenalan dengan anak jiran.

“Walau sekampung, kadang-kadang kita tidak kenal antara satu sama lain,”katanya.

Walaupun zaman berubah, selain berkongsi kegembiraan sudah pasti tradisi lama diteruskan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here