Home Luar Negara LORI MUATAN ETANOL TERBALIK CETUS KEBAKARAN BESAR

LORI MUATAN ETANOL TERBALIK CETUS KEBAKARAN BESAR

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 27 kenderaan terbakar dan lima orang cedera selepas lori tangki membawa etanol terbalik dan meletup di lebuh raya utama di selatan Brazil, menurut media dan pegawai tempatan.

Pasukan bomba memaklumkan nahas berlaku pada 1.37 tengah hari (waktu tempatan), Ahad lalu di kawasan selekoh lebuh raya BR-101 berhampiran bandar Palhoça di Santa Catarina.

Insiden itu mencetuskan kebakaran besar yang merebak ke kenderaan berhampiran, menjejaskan 24 kereta dan tiga lori selain memusnahkan hutan berhampiran.

Pemandu lori tangki terbabit dan isterinya melecur di tangan serta kaki, dibawa ke fasiliti kesihatan tempatan, menurut G1 yang memetik anggota bomba.

Pemandu itu melecur kira-kira 30 peratus, manakala isterinya 20 peratus. Keadaan tiga lagi mangsa tidak didedahkan.

Seramai 36 pasukan kecemasan dan keselamatan dikerah ke lokasi termasuk bomba, polis, kakitangan pertahanan awam dan ambulans.

Terdahulu, pihak berkuasa melaporkan sebuah lagi lori membawa gas petroleum cecair (LPG) yang berada di belakang lori tangki terbabit sempat berhenti sebaik nahas dan dialihkan sebelum api merebak.

Nahas itu tular di media sosial susulan perkongsian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan bagaimana lori erbabit terbabas ketika melalui selekoh dan terbalik hingga menyebabkan limpahan berapi. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here