Home Buletin Semasa BOT LAUT DALAM MUSNAH TERBAKAR

BOT LAUT DALAM MUSNAH TERBAKAR

125
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Sebuah bot laut dalam (Vesel) dilaporkan terbakar dalam kejadian di Kampung Genting, di sini, pada Jumaat.

Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Zariman Abd. Rahman dalam kenyataan memaklumkan, sebaik menerima panggilan kira-kira jam 9.32 malam, seramai lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor Kubor bergegas ke tempat kejadian

“Komander operasi lapor didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah bot laut dalam vesel dengan kemusnahan 80 peratus,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Jelasnya, bagaimanapun kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan api berjaya dikawal pada jam 10 malam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here