Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 20,240KG BERAS SELUDUP

PGA RAMPAS 20,240KG BERAS SELUDUP

171
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan beras sebanyak 20,240 kilogram (kg) di Kampung Jakar Bukit Bunga, di sini pada awal pagi semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan, berkata rampasan membabitkan nilai keseluruhan RM451,000 itu dilakukan menerusi Op Taring Bravo kira-kira jam 6 pagi semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat anggaran 20,240 kg beras putih ditemui di dalam treler tersebut yang disyaki diseludup dari Thailand melalui pengkalan haram.

“Pemandu lelaki berumur 36 tahun turut ditahan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM451,000 termasuk treler,”katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Agensi Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN) Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here