Home Buletin Semasa KANAK-KANAK 8 TAHUN JATUH PERIGI

KANAK-KANAK 8 TAHUN JATUH PERIGI

239
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun dilaporkan jatuh ke dalam perigi di Kampung Seneng Jelawat, di sini, pada 11.50 pagi, semalam.

Pegawai Bomba Kanan II, Lokman Jusoh dalam kenyataan, berkata selepas menerima panggilan daripada orang awam, pihaknya menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok untuk memberikan bantuan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kanak-kanak itu sudah selamat dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

“Tiada kecederaan berlaku, kanak-kanak itu dalam keadaan selamat dan stabil,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya operasi tersebut tamat pada jam 12.49 tengah hari.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here