Home Sukan HOWE DIANGKAT WIRA JURULATIH INGGERIS

HOWE DIANGKAT WIRA JURULATIH INGGERIS

169
0

LONDON: Kemenangan Newcastle United ke atas Liverpool pada final Piala Liga bukan sahaja satu detik penting bagi kelab itu, ia juga mengimbau kepada masa bila mana pengurus Inggeris kerap menyimpan trofi di kelab terkemuka negara itu.

Masih jauh buat Eddie Howe untuk menyamai pencapaian pengurus seperti Bob Paisley, Brian Clough, Howard Kendall dan Bobby Robson dan kekal sebagai anomali dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila hanya dua daripada 20 pengurus semasa berbangsa Inggeris.

Namun selepas menjadi jurulatih tempatan pertama memenangi satu daripada penghormatan domestik terbesar England sejak tahun 2008, pencapaian Howe menjadi suntikan semangat buat jurulatih Inggeris yang memperagakan kebolehan mereka di liga bawahan.

Harry Redknapp, yang memenangi Piala FA 2008 bersama Portsmouth dan mengemudi Tottenham Hotspur ke Liga Juara-Juara buat kali pertama, berharap peningkatan Howe mengubah tanggapan mengenai kurangnya pengurus tempatan.

“Sedih kerana hanya ada dua pengurus Inggeris dalam Liga Perdana,” kata personaliti berusia 78 tahun itu kepada wartawan di gelanggang Charlton Athletic, Valley ketika pelancaran perlawanan sulung Utara lawan Selatan yang mana beliau akan kembali di tepi padang.

“Sungguh menyedihkan kerana mereka tidak mendapat peluang. Satu-satunya cara anda cenderung untuk ke sana sekarang adalah dengan mengemudi pasukan naik divisyen. Dalam kes (Howe), ia berbeza.”

Mengikut pengakuannya sendiri, karier permainan Howe yang berusia 47 tahun itu luar biasa.

Beliau meningkat dari akademi di Bouenemouth yang mana Redknapp memulakan kariernya sebagai pengurus dan melakukan hampir 300 penampilan di Liga Bolasepak sebelum kecederaan memaksanya bersara pada 2007.

Setahun kemudian, dengan Bournemouth berdepan kemelut kewangan dan berada di ambang tersingkir daripada Liga Bolasepak, Howe menjadi pengurus, mengemudi mereka ke zon selamat dan kemudian naik divisyen musim berikutnya.

Selepas seketika di Burnley, Howe kembali untuk memgemudi Bournemouth ke EPL buat kali pertama pada 2015 dan mengekalkan mereka di liga utama selama lima musim.

“Mengemudi Bournemouth ketika mereka hampir terkeluar daripada liga ke EPL, ia satu pencapaian luar biasa yang dilakukannya,” kata Redknapp.

Reputasi Howe sebagai jurulatih yang pandai berkata-kata, bersemangat dan progresif menarik minat Newcastle pada 2021, sejurus selepas mereka dibeli oleh konsortium yang disokong Arab Saudi.

Newcastle hanya meraih lima mata daripada 11 perlawanan sebelum beliau dilantik tetapi Howe mengemudi mereka ke zon selamat.

Musim berikutnya mereka berakhir di tangga keempat dan layak ke Liga Juara-Juara.

Kelmarin, Howe memastikan nama beliau terpahat dalam sejarah Newcastle apabila kelabnya memenangi trofi domestik pertama dalam tempoh 70 tahun. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here