Home Sukan MCGREGOR TAK SABAR KEMBALI BERTARUNG

MCGREGOR TAK SABAR KEMBALI BERTARUNG

LONDON: Jaguh sukan seni bela campuran dari Ireland, Conor McGregor menegaskan semangat perwiranya masih membara walaupun berehat panjang.

Bekas juara UFC dua divisyen itu tidak masuk gelanggang sejak kaki kirinya patah ketika pertarungan ‘trilogy’ dengan Dustin Poirier pada Julai 2021.

McGregor, 36, sepatutnya kembali bertarung dengan Michael Chandler pada Jun lalu di Sin City tetapi terpaksa dibatalkan selepas ibu jari kakinya patah.

Dia kemudiannya melupakan gelanggang selama beberapa bulan tetapi menegaskan akan bertarung semula walaupun bukan di oktagon UFC.

“Semangat perwira saya masih kuat, sudah pasti. “Jika anda fikir saya hanya bercakap kosong dan tidak akan masuk ke medan perang, anda perlu fikirkan sekali lagi.

“Sudah pasti. Conor McGregor akan bertarung di Kejohanan Bare Knuckle Fighting – pegang kata-kata saya,”katanya.

Bagaimanapun, supremo UFC Dana White ketika ditanya hasrat McGregor, dia enggan mengulas lanjut dan sebaliknya hanya berkata: “Tidak pasti bila Conor akan kembali.” – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here