Home Sukan MICKEY HADIAHKAN BOLA BUAT ANAK, SIMBOLIK KEBANGKITAN

MICKEY HADIAHKAN BOLA BUAT ANAK, SIMBOLIK KEBANGKITAN

206
0

KUALA LUMPUR: “Daddy tak tahu nak jawab macam mana dekat abang. Ini (bola) untuk abang,” kata Faisal Halim.

Itu antara luahan hati seorang pemain Selangor FC, Faisal Halim kepada anaknya, Khalish Aryan yang sering bertanya bila ayahnya akan kembali beraksi seperti sebelum ini.

Bagi seorang ayah, sudah pasti dirinya sukar untuk menjawab persoalan anaknya yang masih kecil dan belum mengetahui hal sebenar yang terjadi. Namun, pemain kelahiran Pulau Pinang itu tetap berusaha untuk mendapatkan kembali momentum seperti dahulu.

Hasilnya, pemain itu berjaya menjaringkan tiga gol dalam perlawanan itu sekali gus bola yang Faisal dapat, dia hadiahkan kepada anaknya sebagai simbolik kebangkitan dan semangat juang dirinya.

Malah, kemenangan ke atas pasukan Kelantan Darul Naim (KDN) FC semalam, dibantu dengan jaringan hatrik, pasti menaikkan moral dirinya termasuk Khalish yang lebih memahami situasi ayahnya sejak ditimpa kemalangan tragis, simbah asid pada Mei tahun lalu.

“Alhamdulillah, ini rezeki abang (Khalish). Abang selalu tanya daddy bila nak main, daddy tak tahu nak jawab macam mana dekat abang, ini (bola) untuk abang,” kata Faisal di IG Instagram miliknya.

Sementara itu, isteri Faisal, Nur Syazwani Mizuana Shahril pula berbangga dengan kebangkitan luar biasa suaminya itu yang tidak pernah kenal erti kegagalan, sebaliknya tetap berusaha untuk membuktikan dirinya adalah pemain yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

“Alhamdulillah daddy, selepas jatuh bangun, tersenyum dan menangis, Allah sentiasa ada dengan kita. Awak layak dapat (jaringan gol).

“Usaha tak pernah mengkhianati hasil. Saya bangga dengan awak. Teruskan usaha daddy,” katanya.

Terdahulu, sentuhan pemain Faisal masih berbisa apabila dia meledak hatrik dalam aksi Liga Super berdepan KDN FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi. – Hmetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here