Home Sukan DOKTOR MENINGGAL, AKSI BARCA-OSASUNA DITANGGUH

DOKTOR MENINGGAL, AKSI BARCA-OSASUNA DITANGGUH

145
0

BARCELONA, Sepanyol: Perlawanan Barcelona dalam La Liga menentang Osasuna ditangguh awal pagi tadi selepas seorang daripada doktor pasukan utama kelab itu meninggal dunia.

“Dukacita Barcelona mengumumkan berita sedih kematian doktor pasukan utama, Carles Minarro Garcia, petang ini,” menurut kelab itu dalam satu kenyataan.

“Oleh itu, perlawanan antara Barcelona dan Osasuna ditangguh kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

“Ahli lembaga pengarah dan semua staf di Barcelona mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabatnya, kami bersama mereka pada saat sukar ini.”

Peminat mula memasuki Stadium Olimpik bagi pertembungan pendahulu liga itu dengan Osasuna, sebelum ia ditangguh kira-kira 20 minit sebelum sepak mula.

“Saya masih tidak percaya, pelukan erat buat keluarga dan rakan Carles,” tulis pemain tengah Barcelona, ​​Pedri dalam catatan di laman Instagram.

Doktor berusia 53 tahun itu meninggalkan seorang balu dan dua anak, menurut presiden Barcelona, Joan Laporta.

“Ini satu berita yang amat menyedihkan buat Barcelona, ia membuatkan kami berasa pilu, terkejut kerana ia secara mendadak,” kata Laporta.

Doktor itu sudah bertugas dengan beberapa pasukan Barcelona sejak tahun 2017 dan mula bekerja dengan pasukan utama beberapa bulan lalu. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here