Home Luar Negara KANAK-KANAK KEMBOJA MAUT AKIBAT SELESEMA BURUNG

KANAK-KANAK KEMBOJA MAUT AKIBAT SELESEMA BURUNG

151
0

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia akibat selesema burung di Kemboja, kata pegawai.

Ia kematian kedua tahun ini negara Asia Tenggara itu akibat virus berkenaan.

Kanak-kanak itu dijangkiti virus itu akibat bermain berhampiran ayam yang sakit di rumahnya di tenggara wilayah Prey Veng dan meninggal dunia pada Selasa selepas mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas, kata Kementerian Kesihatan dalam kenyataan.

Ujian mengesahkan mangsa dijangkiti virus selesema burung H5N1, menurut kenyataan yang dikeluarkan lewat Selasa.

Katanya, kanak-kanak itu ‘tidur dan bermain’ berhampiran sangkar ayam di rumah keluarganya di mana kira-kira 15 ekor burung mati dan yang lain sakit.

Kementerian itu memberi amaran selesema burung kekal sebagai ancaman di Kemboja dan berkata pegawai sedang menyiasat sumber virus yang menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

Bulan lalu, seorang lelaki Kemboja berusia 28 tahun meninggal dunia akibat selesema burung selepas memakan daging ayam yang terkena jangkitan virus berkenaan.

Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) memberi amaran pengawasan yang tidak teratur menghalang keupayaan pihaknya menguruskan risiko kepada manusia yang ditimbulkan oleh strain H5N1 selesema burung.

WHO menggesa semua negara untuk meningkatkan pengawasan dan pelaporan influenza dalam haiwan dan manusia dan mengesyorkan supaya setiap negara berkongsi sampel dan turutan genetik. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here